IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Video Pilihan – Portsmouth 2 vs Liverpool 0 (EPL 2009/10).

Nasib pengurus Liverpool, Rafael Benitez kini bagai telur di hujung tanduk manakala Javier Mascherano pula dibuang padang ketika kelab itu ditimpa satu lagi musibah kekalahan 0-2 kepada Portsmouth di Fratton Park semalam.

Kemenangan Pompey, dengan gol-gol pasukan itu disumbangkan oleh Nadir Belhadj dan Frederic Piquionne membangkitkan semula harapan mereka untuk kekal dalam saingan EPL musim depan.

Bagaimanapun, harapan Liverpool untuk berada dalam kelompok empat kelab terbaik semakin kabur, pada saat Avram Grant mengekalkan rekod tanpa kalahnya kepada Benitez selepas mencatatkan dua kemenangan dan dua keputusan seri ketika beliau memimpin Chelsea pada 2008.

Berikut adalah video jaringan yang dihasilkan dalam perlawanan itu. Sama-samalah kita saksikannya. Layannn…..

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Sorry, the comment form is closed at this time.