Video Pilihan – Kedah 0 vs Perlis 2 (Final Piala Emas Raja-Raja 2009).
Kedah yang turun sebagai pasukan pilihan akhirnya berputih mata apabila tunduk 0-2 kepada pasukan jiran, Perlis pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2009 di Stadium Darul Aman hari Isnin lalu.
Perlis yang turun sebagai pasukan ‘underdog’ membuktikan kejaguhannya apabila sudahpun menggegar jaring lawan seawal minit ke-4 menerusi rembatan Romdhizat Jamian sebelum kedudukan Perlis tambah selesa menerusi jaringan kedua yang menyusul pada minit ke-18 hasil sepakan percuma Andrien Jurad Chamrong.
Perlawanan yang sedikit tegang menyaksikan tiga kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, satu kepada pemain Kedah dan dua lagi kepada pemain Perlis.
Berlaku juga kekecohan penonton sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan ketika masih berbaki lima minit namun keadaan akhirnya terkawal oleh kehadiran anggota keselematan.
Berikut adalah video jaringan perlawanan antara Kedah dan Perlis itu. Sama-samalah kita saksikannya. Layannnn….








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.