IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Valencia Kini Kembali Ke Takhta La Liga.

Valencia kembali ke tangga teratas Liga Primera Sepanyol selepas bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Deportivo La Coruna 4-2 semalam. Dua gol dari David Villa manakala satu gol masing-masing oleh Juan Mata dan Joaquin berjaya memadam kelebihan gol awal yang dihasilkan oleh Deportivo.

Perlawanan kelihatan akan berlangsung sengit sebaik wisel permulaan ditiup oleh pengadil dengan Deportivo lebih awal mengancam kubu Valencia. Seawal minit ke-11, kubu Valencia berjaya ditembusi pemain Deportivo, Pablo Alvarez menyebabkan Emeliano Moretti tertampan ke gol sendiri. Gol penyamaan Valencia tiba pada minit ke-35 apabila Mata melompat tinggi di celah pemain-pemain Deportivo untuk menanduk masuk bola hantaran Joaquin.

Mata kemudiannya menjadi penggerak kepada gol kedua Valencia apabila hantarannya disempurnakan oleh Villa empat minit selepas babak kedua bermula. Valencia terus melebarkan kedudukan pada minit ke-69. Kali ini giliran Joaquin pula menggegar jaring Deportivo selepas pemain itu menyudahkan gerakan Villa dan Mata. Villa yang belum puas dengan satu jaringan berjaya menambah satu gol lagi pada minit ke-82 hasil gerakan Mata. Deportivo bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan hasil jaringan kontroversi tiga minit kemudian. Walaupun penjaga garisan mengangkat bendera ofsaid namun pengadil perlawanan, Miguel Angel Perez tetap mengesahkan jaringan yang dilakukan oleh Lafita. Gol itu bagaimanapun tidak menjejaskan kejayaan Valencia mengutip tiga mata lagi sekaligus merampas semula takhta La Liga dari Villareal.

Lain-lain keputusan perlawanan Liga Primera Sepanyol semalam seperti berikut.

Rate this:
3.0

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)