Tiga Gergasi EPL Sekadar Seri Tanpa Jaringan.
Manchester United menyertai dua kelab gergasi EPL, Chelsea dan Liverpool yang gagal menghasilkan sebarang gol dalam pertemuan mereka dengan lawan masing-masing dalam saingan EPL semalam.
Aston Villa cuba memberikan tentangan ketika menentang United namun mereka seharusnya lega setelah percubaan Wayne Rooney yang sedikit tersasar turut membantu mereka merebut satu mata dari perlawanan itu.
Rooney merembat bola melepasi palang dari jarak lapan ela pada ketika hanya Brad Friedel untuk dtewaskan ketika United meningkatkan asakan pada babak kedua.
Liverpool dan Chelsea diikat pada perlawanan di gelanggang sendiri oleh dua kelab yang prestasinya tidak menentu. Kedua-dua perlawanan berakhir tanpa sebarang jaringan dihasilkan. Satu lagi kelab gergasi iaitu Arsenal juga gagal menjaringkan gol tetapi nasib mereka lebih malang apabila lawannya, Manchester City menembusi gawang mereka tiga kali dalam perlawanan itu.
Liverpool dan Chelsea mendominasi perlawanan ketika menentang Fulham dan Newcastle United di gelanggang sendiri namun mereka gagal mencari jalan untuk menembusi gol lawan masing-masing.
Ashley Cole hampir memberikan Chelsea gol yang diperlukan namun tandukannya sedikit tersasar dari pintu gol Newcastle. Fernando Torres pula gagal menemui sentuhan gol ketika kembali menerajui jentera serangan Liverpool walaupun membuat beberapa percubaan menarik ke arah kubu Fulham yang dikawal Mark Schwarzer.
Dalam perlawanan lain, Middlesbrough tewas 1-3 kepada Bolton di Riverside. Gol pertama Bolton dijaringkan oleh Kevin Davies seawal minit ke-8 manakala Matty Taylor menggandakan kedudukan dua minit kemudian.
Emanuel Pogatetz mengembalikan harapan untuk Boro bersaing dengan gol pada minit ke-77 namun Bolton menamatkan cabaran Boro dengan gol ketiga seminit kemudian menerusi Johan Elmander.
Peter Crouch menanduk masuk bola hantaran Jermain Defoe memberikan Portsmouth gol pendahuluan namun lawan mereka Hull City bangkit dengan dua gol untuk berkongsi mata. Kedudukan kembali seimbang hasil jaringan pemain Hull, Michael Turner namun sepakan voli Glenn Johnson dari luar kotak penalti meletakkan pasukan bimbingan Tony Adam kembali di depan selepas sejam perlawanan.
Bagaimanapun, jaringan sendiri Noe Pamarot menyelamatkan kedudukan Hull. Dia tertampan ke gol sendiri selepas diasak oleh Dean Windass.
Dalam satu lagi perlawanan, gol lewat permainan dari Mamady Sidibe memberikan Stoke kemenangan berharga ke atas West Bromwich Albion dalam satu lagi saingan EPL di Stadium Britannia.
| 3.1 |













































No Comments
No comments yet.
RSS feed for comments on this post.
Sorry, the comment form is closed at this time.