Stoke Beri Satu Lagi Kekalahan Buat Spurs.
![]()

Pengurus Totenham Hotspur, Juande Ramos terus mengalami mimpi ngeri apabila pasukan bimbingannya kalah lagi dalam saingan EPL malam tadi. Spurs tewas 1-2 kepada Stoke City dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Brittania. Ini adalah kekalahan keenam dari lapan perlawanan yang dilalui Spurs setakat ini. Kekalahan ini menyaksikan kedudukan Spurs bertambah parah dan kini terperosok ke dasar liga dengan memungut hanya dua mata. Malam yang malang itu diserikan lagi dengan layangan dua kad merah kepada pemain Spurs menyebabkan Ramos pulang dengan muka merah padam. Ini adalah pencapaian terburuk Spurs dalam sejarah kelab itu sejak tahun 1912 di mana pada tahun tersebut Spurs hanya memungut tiga mata dari lapan perlawanan.

Nasib malang Spurs bermula seawal minit ke-17 apabila pemainnya, Gareth Bale dilayangkan kad merah berikutan kekasarannya terhadap Tom Soares dalam kawasan penaltinya. Stoke yang dianugerahkan sepakan penalti tidak melepaskan peluang itu untuk mendahului menerusi Danny Higginbotham. Bagaimanapun keadaan itu tidak mematahkan semangat Spurs malah mereka berjaya menyamakan kedudukan lapan minit kemudian menerusi Darren Bent yang merembat dari jarak dekat setelah percubaan awal Alan Hutton terlebih dahulu terkena pertahanan lawan.
Pada babak kedua, Stoke meningkatkan asakan dan mereka berhasil menjaringkan gol kedua pada minit ke-53 menerusi Rory Delap. Pada minit ke-77, Spurs kehilangan pemain pertahanan kirinya, Vedran Corluka selepas pemain itu terpaksa diusung keluar padang dan dibawa ke hospital selepas bertembung dengan penjaga golnya sendiri. Pada minit-minit akhir perlawanan, Stoke dianugerahkan satu lagi sepakan penalty selepas Soares dikasari dalam kawasan penalty Spurs oleh Jonathan Woodgate. Bagaimanapun, Ricardo Fuller mensia-siakan sepakan penalty tersebut. Satu lagi insiden malang menimpa Spurs apabila Michael Dawson pula diarah keluar padang oleh pengadil selepas mengasari Mamady Sidibe sekaligus menambah kedukaan penyokong-penyokong Spurs.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan EPL, Hull City memanjat kembali tangga ketiga liga selepas mengalahkan West Ham 1-0 di tempat sendiri. Hull yang bermain dengan penuh semangat memperolehi gol kemenangannya menerusi tandukan Michael Tunner pada minit ke-51. Gol itu sudah memadai untuk membuat Gianfranco Zola dan anak-anak buahnya menggigit jari tanpa sebarang mata dalam perlawanan ini. Hull kini semakin disegani lebih-lebih lagi Arsenal juga telah menjadi mangsanya dalam perlawanan terdahulu.
| 3.1 |







































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.