IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Spurs Teruskan Momentum Kemenangan.

Darren Bent merakam jaringan hatrik ketika menentang Dinamo Zagreb untuk meneruskan momentum kemenangan Tottenham Hotspur di bawah kendalian Harry Redknapp dalam saingan Piala UEFA di White Hart Lane awal pagi tadi. Spurs membelasah Zagreb 4-0 dalam saingan Kumpulan D itu.

Tom Huddlestone berperanan dalam kesemua gol Bent di samping menyumbangkan satu gol menerusi sepakan voli dalam perlawanan itu.

Spurs kini memahat tiga kemenangan dan satu keputusan seri ketika menentang Arsenal sejak Redknapp mengambil alih teraju Spurs. Tidak seperti dua perlawanan terakhir yang memerlukan gol di saat akhir, kali ini Spurs tidak menunggu ke saat itu untuk memahat kemenangan itu.

Luca Modric turun dalam perlawanan itu untuk menentang bekas kelab yang ditinggalkannya musim panas lalu dengan nilai 16.5 juta pound namun Bent lebih mencuri perhatian dengan aksinya dalam perlawanan itu.

Bent yang berpindah dari Charlton pada awal musim lalu dengan nilai yang sama seperti Modric mendapati peluangnya terhad kerana terpaksa bersaing dengan Dimitar Berbatov dan Robbie Keane. Namun setelah kedua-dua pemain itu meninggalkan Spurs, Bent kini bertindak selaku penyerang utama dan telah menjaringkan sembilan gol lebih dari jumlah gol kedua-dua pemain itu musim ini.

Bent membuka tirai jaringan pada minit ke-30 apabila dia menyudahkan gerakan Modric dan Huddlestone. Bent mengganas lagi tiga minit kemudian apabila dia menjaringkan gol kedua Spurs juga hasil gerakan Huddlestone.

Huddlestone kemudiannya mengukuhkan kedudukan buat Spurs apabila dia melakukan sepakan voli yang menewaskan Ivan Kelava pada minit ke-59. Bent melengkapkan hatriknya pada minit ke-70. Huddlestone yang menggelecek beberapa pemain lawan kemudiannya melorongkan bola untuk disudahkan oleh Bent.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)