Skuad Wanita Brazil, Amerika Tentukan Emas.
![]()



Skuad wanita Brazil meneruskan buruan merangkul pingat emas apabila menewaskan skuad Jerman 4-1 dalam perlawanan separuh akhir Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung di Shanghai semalam. Bagaimanapun, Jerman terlebih dahulu menemui sentuhan gol menerusi Birgit Prinz pada minit ke-10. Brazil yang ketinggalan tidak berputus asa malah berjaya menjaringkan empat gol menerusi Formiga (m43), Cristiane (m49 dan 76) serta jaringan Marta (m53).



Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Beijing, Amerika Syarikat berjaya mengatasi cabaran hebat Jepun sebelum menang 4-2. Gol pertama perlawanan diperolehi oleh pemain Jepun, Shinobu Onho. Selepas itu, Amerika tidak menoleh lagi ke belakang apabila menjaringkan empat gol menerusi Angela Hucles (m41 dan m81), Lori Chaulupny (m44) dan Heather O Reilly (m71). Eriko Arakawa kemudiannya menjaringkan gol kedua negaranya pada minit-minit akhir perlawanan namun ia tetap tidak dapat mengubah nasib untuk ke perlawanan akhir.
Tackle - Pasukan wanita Brazil dah ke final. Bagaimana pula dengan skuad lelakinya? Sama ada Brazil dapat mengatasi cabaran Argentina nanti sama-samalah kita tunggu.
| 2.5 |













No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.