Serie A – Inter Tunjuk Belang Sebenar, Mudah Belasah AC Milan.
Juara bertahan Serie A, Inter Milan membelasah barisan sepuluh pemain AC Milan 4-0 dalam pertembungan jiran setempat di San Siro semalam.
Inter menerima kejutan pada perlawanan pembukaan apabila diikat 1-1 oleh Bari minggu lalu namun skuad bimbingan Jose Mourinho mempamerkan aksi lebih kemas, dibantu oleh arahan keluar padang terhadap Gennaro Gattuso oleh pengadil perlawanan.
Thiago Motta tenang menyempurnakan gerakan Samuel Eto’o dan Diego Milito untuk gol pembukaan Inter pada minit ke-29 sebelum Milito menendang masuk sepakan penalti pada minit ke-36 untuk menggandakan kedudukan yang menyaksikan Gattuso menerima kad kuning pertama akibat kekasaran dalam kotak penalti pasukannya.
Empat minit kemudian, Gattuso dilayangkan kad kuning kedua dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Inter untuk menambah gol ketiga menerusi Maicon sejurus sebelum tamat babak pertama.
Dejan Stankovic menutup malam cemerlang Inter dengan menjaringkan gol keempat pada minit ke-67.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.