Selangor Tewas Tapi Layak Ke Akhir.



17 OGOS - Pasukan Selangor tewas 0-1 kepada pasukan Johor FC dalam perlawanan pusingan kedua peringkat separuh akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium J-Corp malam tadi. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain import Johor FC, Walter Arial Silva pada minit ke-36. Perlawanan yang hambar pada awal permainan sebaliknya bertukar menjadi pantas apabila permainan melepasi setengah jam permainan. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi mencari gol yang akan membantu nasib pasukan masing-masing ke perlawanan akhir. Penyerang kebangsaan, Safee Sali paling mengecewakan apabila dua peluang terbuka di depan gol lawan gagal disudahkannya pada babak pertama.

Setelah terlepas satu peluang keemasan di depan gol, akhirnya Arial Silva berjaya menanduk masuk bola ke gawang gol Selangor hasil gerakan Eddy Helmi Manan pada minit ke-36. Gol itu memberikan semangat baru kepada pemain Johor FC sebaik babak kedua dimulakan. Walaupun mencuba sedaya upaya untuk menambah gol bagi mengikat agregat namun ketumpulan jentera serangan menghampakan penyokong-penyokong Johor FC. Kelemahan benteng Selangor terutama di sebelah kiri sering didominasi oleh Eddy Helmi untuk membekalkan hantaran-hantaran cantik ke pintu gol Selangor. Keletihan kemudiannya mengehadkan pergerakan pemain dan memperlahankan corak permainan kedua-dua pasukan sehinggalah pengadil meniup wisel penamat. Walaupun tewas, pemain Johor FC Eddy Helmi Manan telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
Tackle - Selangor bernasib baik sebab menang 2-0 di Shah Alam. Dollah Salleh perlu fikirkan bagaimana nak memperbaiki benteng pertahanannya yang mudah ditembusi oleh pemain lawan. Evans Chisulo langsung tiada kualiti pemain import. Kalau ini dibiarkan tidak mustahil Selangor akan kalah teruk dalam final nanti.
| 3.0 |













No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.