IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Piala Malaysia – Kelantan Dan Negeri Sembilan Bakal Buat Perhitungan Di Final.

Kelantan merealisasikan harapan mereka untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila menjinakkan Singa Utara, Perlis 3-1 dalam perlawanan kedua saingan separuh akhir di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.

Kemaraan Kelantan dengan agregat 5-1 itu adalah buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun. Sebelum ini, skuad Wira Merah menang 2-0 ketika menentang Perlis di Kota Bharu dalam perlawanan pertama.

Ketiadaan Indra Putra Mahayuddin tidak memberi kesan langsung kepada jentera serangan Kelantan sebaliknya Mohd Norfarhan Mohamad menyerlah dengan jaringan hatrik untuk mengemudi Kelantan ke final.

Farhan menjaringkan gol-golnya pada minit ke-26, 53 dan 87 manakala gol tunggal Perlis diperolehi menerusi jaringan Mohd Firdaus Fauzi pada minit ke-70.

Negeri Sembilan menuruti jejak Kelantan melangkah ke final apabila menang dengan keputusan sama 3-1 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Kemenangan ini membolehkan skuad Hoben Jang Hoben mara dengan kelebihan agregat 4-1 selepas mereka menang 1-0 dalam pertemuan pertama di Seremban sekaligus menghampiri matlamat membawa pulang Piala Malaysia setelah melakukannya buat kali terakhir pada tahun 1948.

Mohd Zaquan Abd Radzak meledakkan dua gol pada minit ke-10 dan 18 sebelum Terengganu cuba memberi saingan dengan gol jaringan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-35.

Bagaimanapun, pemain yang dipinjam dari pasukan T-Team, Hairuddin Omar memusnahkan harapan penyokong tuan rumah apabila menolak masuk gol ketiga Negeri Sembilan pada penghujung babak pertama.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)