IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Piala Konfederasi – Sepanyol Kekang Afrika Untuk Rebut Tempat Ketiga.


Sepakan percuma Xavi Alonso pada masa tambahan membolehkan Sepanyol mengenepikan cabaran sengit Afrika Selatan dengan mencatat kemenangan tipis 3-2 sekaligus memberikan juara Eropah itu tempat ketiga dalam Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009.

Sepanyol, yang rekod tanpa kalahnya sebanyak 35 perlawanan lebur selepas kecundang kepada Amerika Syarikat pada perlawanan separuh akhir, kelihatan masih gagal melupakan kejutan yang diterimanya itu dan kelihatan akan mencatat satu lagi kekalahan apabila Katlego Mphela meletakkan Afrika di depan pada minit ke-73.

Bagaimanapun, dua gol pantas pada tiga minit terakhir menerusi pemain gantian, Daniel Guiza seakan menterbalikkan keputusan berpihak kepada Sepanyol namun jaringan sepakan percuma oleh Mphela pada masa kecederaan menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Segalanya berakhir buat pasukan tuan rumah apabila pemain tengah Liverpool, Alonso melakukan sepakan percuma yang melencong masuk ke gawang gol lawan pada minit ke-107 yang melepasi kesemua benteng pertahanan dan penjaga gol Afrika, Itumeleng Khune.

Kekalahan itu memaksa Afrika Selatan sekadar berpuas hati dengan kedudukan di tempat keempat kejohanan ini.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)