Piala Konfederasi – Mesir Gagal Tepati Ramalan, Amerika Melangkah Ke Separuh Akhir.
Amerika Syarikat membuat kejutan melangkah ke separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila menewaskan Mesir 3-0 Rustenberg, dibantu oleh kekalahan besar 0-3 Itali kepada Brazil.
Amerika yang kalah dalam dua perlawanan awal kejohanan ini perlukan kemenangan, sambil mengharapkan kemenangan Brazil ke atas Itali melebihi enam jaringan bagi membolehkan mereka mara ke peringkat seterusnya.
Dan itulah yang terjadi apabila skuad bimbingan Bob Bradley itu mencatat keputusan di luar jangkaan dengan menewaskan Mesir 3-0.
Mesir, yang menewaskan Itali sebelum ini dan hampir mengikat Brazil dalam perlawanan pertama gagal memberi jawapan kepada tiga gol Amerika jaringan Charlie Davies (minit ke-21), Michael Bradley (minit ke-63) dan Clint Dempsey (minit ke-71).
Kemenangan itu membolehkan Amerika, Itali dan Mesir kesemuanya memungut tiga mata di belakang Brazil yang memungut sembilan mata.
Mesir mempunyai perbezaan negatif tiga gol menyebabkan mereka tersingkir manakala Amerika dan Itali mempunyai perbezaan gol yang sama tetapi Amerika menjaringkan lebih satu gol berbanding Itali.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.