Piala Konfederasi – Harapan Berkubur, Akhirnya Sepanyol Tersungkur.
Amerika Syarikat melakukan kejutan terbesar apabila layak ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 selepas mengecewakan juara Eropah, Sepanyol 2-0 dalam saingan peringkat separuh akhir di Afrika Selatan semalam.
Lebih sensasi, Amerika adalah pasukan yang hampir terkeluar dari saingan kejohanan ini dan sudahpun bersedia untuk pulang ekoran persembahan hambar dalam dua perlawanan awal.
Bagaimanapun, dua jaringan menerusi Jozy Altidore dan Clint Dempsey membolehkan mereka mencatat keputusan di luar dugaan ke atas pasukan terbaik dunia buat masa ini.
Altidore menjaringkan gol pada minit ke-25 dan Dempsey menambah gol kedua pada minit ke-73 untuk membantu Amerika menjadi pasukan pertama menewaskan Sepanyol sejak Romania melakukannya pada November 2006.
Menuju ke penghujung perlawanan, Amerika bermain dengan sepuluh pemain apabila Michael Bradley diarahkan keluar padang namun ianya tidak menjejaskan sambutan kejayaan Amerika itu.
Sepanyol, adalah pemegang rekod bola sepak dunia dengan kemenangan 15 perlawanan berturut-turut dan menyamai rekod tanpa kalah milik Brazil sebanyak 35 perlawanan.
“Ia menunjukkan yang komitmen tinggi dan kerja keras boleh membawa kejayaan kepada pasukan,” kata Tim Howard, yang melakukan lapan aksi menyelamat untuk menafikan percubaan David Villa dan Fernando Torres. “Dalam bola sepak apa sahaja boleh terjadi”.
Kini, Amerika akan bermain menentang sama ada juara dunia, Brazil atau pasukan tuan rumah, Afrika Selatan dalam aksi perlawanan akhir yang akan berlangsung pada hari Ahad nanti.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.