Piala Konfederasi – Brazil Berhempas Pulas Mara Ke Final.
Pemain gantian, Daniel Alves menghampakan harapan rakyat Afrika Selatan apabila sepakan percumanya tiga minit sebelum tamat perlawanan menggegar jaring bagi membolehkan Brazil melangkah ke perlawanan akhir Piala Konfederasi dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tuan rumah itu di Johannesburg semalam.
Pemain pertahanan kanan Barcelona itu, yang hanya masuk pada penghujung perlawanan, meledakkan rembatan dari jarak 18 ela untuk melenyapkan sorakan penyokong tempatan yang teruja dengan persembahan baik pasukan mereka.
Bagaimanapun, jaringan itu mengakhiri impian mereka dan menyaksikan mereka akan bertemu dengan Sepanyol dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat manakala Brazil akan bertemu dengan Amerika Syarikat dalam perlawanan akhir hari Ahad ini.
Alves hanya dibawa masuk pada minit ke-81 namun aksi kasar Mokoena enam minit kemudian ke atas Ramires di luar kotak penalti Afrika memberikannya peluang mencatat nama sebagai wira Brazil.
Sepakan percuma Alves terkena Steven Pienaar sebelum membias masuk ke gawang lawan langsung menewaskan Itumeleng Khune menyebabkan stadium yang dipenuhi hampir 50,000 penyokong tempatan tergamam.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.