IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Piala FA England – Liverpool Tersingkir Dek Angkara Reading.

Musim tidak menentu Liverpool bertambah buruk apabila mereka tersingkir dari saingan Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Reading di Anfield semalam.

Liverpool kehilangan Steven Gerrard dan Fernando Torres kerana kecederaan ketika kalah kepada Reading, yang berjaya memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan sebelum pemain gantian Shane Long menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-100.

Pada penghujung babak pertama, Gerrard menyaksikan rembatannya terkena pemain pertahanan Reading, Ryan Bertrand untuk memberikan Liverpool gol pendahuluan.

Pada ketika perlawanan hampir ditamatkan pada babak kedua, gol penyamaan Reading menyusul pada masa kecederaan apabila Gylfi Sigurdsson menyempurnakan sepakan penalti yang diperolehi Reading.

Bagaimanapun, persembahan Liverpool makin goyang pada masa tambahan dan keadaan itu digunakan sepenuhnya oleh Long untuk meledakkan gol kemenangan pasukan pelawat.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)