Piala FA – Manchester United Tersingkir Angkara Leeds.
Manchester United menerima kejutan apabila tewas tipis 0-1 kepada Leeds United dalam saingan pusingan ketiga Piala FA England di Old Trafford semalam sekaligus tersingkir dari kejohanan itu.
Ia merupakan kemenangan pertama mereka di Old Trafford sejak tahun 1981 dengan gol kemenangan ke atas United ketika itu dijaringkan oleh Brian Flynn.
Jermaine Beckford mengikut jejak langkah Flynn apabila meledakkan jaringan kemenangan pada minit ke-19. Pemain berbadan sasa itu melepaski kawalan Gary Neville dan Wes Brown dan menolak bola melepasi Tomas Kuszczak.
Selepas itu, United melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan, dengan Dimitar Berbatov dan Michael Owen kedua-duanya melepaskan peluang keemasan menjaringkan gol.
Bagaimanapun, Leeds ternyata berhak memenangi perlawanan itu malah mereka berpeluang menggandakan kedudukan menerusi percubaan Beckford pada babak kedua selain dua percubaan menerusi Robert Snodgrass.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.