IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Piala FA – Arsenal Ketepikan Burnley Untuk Mara Ke Suku Akhir.

Arsenal melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala FA apabila mudah menundukkan Burnley 3-0 di Stadium Emirates malam tadi.

Jaringan pemain muda Mexico, Carlos Vela pada babak pertama, diikuti dua gol pada babak kedua oleh Eduardo dan Emmanuel Ebou sudah cukup membawa Arsenal kepada pertemuan dengan Hull City di tempat sendiri dan kini selangkah lagi untuk layak ke Wembley.

Kemenangan itu dicapai pada ketika ramai pemain utama direhatkan, namun ia menjadi pentas buat Theo Walcott memperagakan semula aksinya setelah berehat selama empat bulan akibat kecederaan bahu, juga memanjangkan rekod tanpa kalah Arsenal kepada 17 perlawanan dalam semua kejohanan dan membuktikan yang mereka telah menemui tonik yang diperlukan untuk berhadapan dengan Roma dalam saingan Liga Juara Eropah di Rome.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger lebih mensasarkan kepada saingan Liga Juara Eropah ketika menentukan kesebelasan utama dalam perlawanan itu, dengan penjaring terbanyaknya, Robin van Persie dan pemain pertahanan, Gael Clichy diletakkan di bangku simpanan manakala pemain tengah, Denilson langsung tidak disenaraikan untuk bermain dalam perlawanan itu.

Bagaimanapun, Wenger menyaksikan skuad kedua yang diturunkannya masih terlalu kuat buat pasukan pelawat, yang disokong oleh kehadiran 5,000 orang penyokongnya.

Burnley, yang menyingkirkan Arsenal dari saingan Piala Carling di Turf Moor pada bulan Disember lalu, bermula dengan formasi 4-3-3 yang lebih menjurus kepada corak menyerang.

Namun, ianya langsung tidak membantu, sebaliknya Arsenal yang terlebih dahulu berada di depan apabila Vela menyudahkan gerakan yang dimulakan oleh Andrei Arshavin pada minit ke-25.

Minit ke-51 menyaksikan Arsenal menggandakan kedudukan menerusi jaringan Eduardo sebelum Ebou menamatkan cabaran Burnley dengan gol ketiga pada minit ke-81 setelah dia menyempurnakan hantaran Alexandre Song.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)