IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Piala Carling – Manchester United Mara Ke Final Selepas Singkir Manchester City.

Wayne Rooney mengetuai kemaraan Manchester United ke perlawanan akhir Piala Carling apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan seteru setempat, Manchester City 3-1 dalam perlawanan kedua saingan separuh akhir di Old Trafford semalam.

Selepas jaringan Carlos Tevez kembali mengikat agregat kepada 3-3 untuk membayangkan yang perlawanan itu bakal berlanjutan ke masa tambahan, Rooney tampil dengan watak pemusnah apabila menanduk masuk hantaran Ryan Giggs untuk membolehkan United mara ke final dengan agregat 4-3. United sebelum ini tewas 1-2 dalam perlawanan pertama di Eastlands.

Pada ketika para penyokong United resah apabila kedudukan berakhir 0-0 pada babak pertama, gol-gol Paul Scholes (minit ke-52) dan rembatan Michael Carrick (minit ke-71) membolehkan kem United kembali ceria apabila berkelebihan dengan agregat 3-2 pada ketika itu.

Kemenangan itu membolehkan United bertemu Aston Villa di Stadium Wembley pada 28 Februari nanti.

Dalam liga domestik dan kejohanan peringkat Eropah, United telah melakukan 21 kali penampilan di perlawanan akhir dan memenangi sebelas gelaran selaku juara liga.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)