Piala Audi – Boca Juniors Rebut Tempat Ketiga.
Boca Juniors menambah nasib malang AC Milan apabila menundukkan kelab Itali itu 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan, sekaligus mengesahkan kedudukan ketiga dalam saingan Piala Audi di Munich semalam.
Thiago Silva memberikan Milan gol pendahuluan pada minit ke-27 dan kelab Serie A itu kelihatan akan mencapai kemenangan sehinggalah Lucas Viatri menjaringkan gol penyamaan buat Boca tiga minit sebelum tamat perlawanan.
Roberto Abbondanzieri kemudiannya menafikan sepakan penalti kelima Milan yang diambil oleh Pato untuk memberikan kemenangan kepada Boca selepas Andrea Pirlo (Milan) dan Federico Insua (Boca) turut menyaksikan sepakan mereka turut diselamatkan.
Kekalahan itu memanjangkan rentetan kekalahan Milan kepada lima perlawanan sepanjang mereka menjalani latihan pra-musim.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.