IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Nizaruddin Muncul Pemenang Kasut Emas, Perlis Pasukan Kedua Terbaik Liga Super.

Perlis menang perlawanan terakhirnya apabila menewaskan Polis 2-1 di Stadium Utama, Kangar sekaligus mengesahkan kedudukannya di tangga kedua Liga Super.

Kejayaan itu tambah bermakna apabila penyerang utamanya, Nizaruddin merangkul gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2009 sesudah berjaya menjaringkan sejumlah 18 gol sepanjang kempen liga musim ini, termasuk dua gol yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Polis itu.

Polis yang terperosok di tangga terbawah liga membuat kejutan apabila terlebih dahulu menggegar jaring menerusi Khairul Azwan Abdullah pada minit ke-51.

Bagaimanapun, Nizaruddin membuktikan kehebatannya dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-53 dan 79 bagi membolehkan skuad Singa Utara menang perlawanan itu di hadapan penyokong sendiri.

Malang buat Ashaari Shamsudin yang turut berpeluang merebut gelaran pemenang Kasut Emas namun satu gol yang dijaringkannya pada minit ke-21 ketika membantu Terengganu seri 1-1 dengan Negeri Sembilan hanya membolehkan penyerang muda itu berada di tempat kedua dengan 17 gol.

S. Kunalan menyelamatkan Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol penyamaan buat skuad Hoben Jang Hoben itu pada minit ke-84.

Kedah pula menduduki tangga ketiga apabila menang tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, terima kasih kepada jaringan Azrul Ahmad ketika permainan berbaki empat minit untuk ditamatkan.

Lain-lain keputusan – Johor FC menewaskan Kelantan 2-1, KL Plus membelasah Kuala Muda Naza 5-0 dan Perak terikat 1-1 dengan UPB MyTeam.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)