IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Manchester United Terikat Dengan Villareal.

Manchester United mengesahkan tempatnya ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah apabila mencatat keputusan seri 0-0 dengan Villareal di Estadio El-Madrigal awal pagi tadi. Bagaimanapun, tumpuan perlawanan itu lebih terarah kepada Cristiano Ronaldo yang mempamer aksi menarik selain menjadi penyebab pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan sepuluh pemain pada lewat permainan.

Ronaldo hampir memecah kebuntuan pada babak pertama tetapi berjaya ditepis keluar oleh Diego Lopez. Pemain Portugal itu langsung tidak menunjukkan sebarang tanda kesakitan kesan kecederaan yang dialaminya sewaktu bertemu Aston Villa Sabtu lalu malah Villareal menghadapi masalah untuk mengekang pergerakannya. Ini adalah perlawanan keempat United yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

United kelihatan lebih menguasai perlawanan itu namun impak perlawanan hanya dapat disaksikan selepas perlawanan memasuki minit ke-41.

Villareal mula menerima asakan pelawat dari awal permainan lagi apabila Anderson membuat percubaan dari sebelah kiri gol lawan yang bagaimanapun ditumbuk keluar oleh Lopez.

Villareal mempunyai satu peluang baik pada minit ke-17 namun percubaan jauh dari Santi Cazorla berjaya dinafikan oleh Tomasz Kuszczak.

Pada minit ke-35, Ronaldo kemudian mendada bola kepada Darren Fletcher yang menyaksikan rembatannya ditangkap kemas oleh Lopez.

United sepatutnya mendahului Villareal pada minit ke-41. Hasil gerakan Wayne Rooney, Ronaldo meledakkan rembatan yang sekali lagi ditolak keluar oleh Lopez melepasi palang golnya.

Ronaldo turut membuat beberapa percubaan pada babak kedua namun kesemuanya gagal menemui sasaran.

Villareal kemudiannya kehilangan seorang pemain selepas Joan Capdevila diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan kerana mengasari Ronaldo pada minit ke-82. Bagaimanapun, kekurangan pemain di pihak lawan gagal diambil kesempatan oleh United untuk menjaringkan gol pada baki masa permainan.

Rate this:
3.1

1 Comment »

  1. Pingback by Keputusan Penuh Liga Juara Eropah. | Amirulcyber.com/bola

    [...] Manchester United Terikat Dengan Villareal. [...]

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)