Malaysia Berjaya Kekang Chelsea.

30 JULAI – Malaysia berjaya menampilkan aksi menarik apabila berjaya mengekang Chelsea dari mencatat kemenangan besar dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Shah Alam malam tadi. Chelsea yang sedang dalam siri jelajah ke Asia hanya mampu mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas pasukan Malaysia. Malaysia yang membuat sepak mula, membuat serangan seawal minit pertama namun kesilapan pertahanan Chelsea, Wayne Bridge gagal diambil kesempatan pemain Malaysia untuk menghasilkan gol. Pada minit ke-3 sepakan percuma Indra Putra Mahyuddin mudah diselamatkan Petr Cech. Pada minit ke-13, sepakan voli Deco hasil tendangan sudut Frank Lampard berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol Malaysia, Helmi Eliza Elias. Pada minit ke-25, Nicolas Anelka menjaringkan gol pertama untuk Chelsea selepas menyudahkan hantaran Joe Cole. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Chelsea mendahului 1-0.

Chelsea yang membuat sepak mula separuh masa kedua, tidak menunggu lama apabila Ashley Cole menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-51 hasil gerakan Florent Malouda dan Frank Lampard. Pasukan Malaysia turut mempunyai beberapa peluang namun kecewa sama ada percubaan itu dapat diselamatkan Cech ataupun tersasar dari pintu gol Chelsea. Selain itu, percubaan jarak jauh dari pemain Malaysia pada minit ke-74 berjaya diselamatkan oleh penjaga gol gantian Chelsea iaitu Carlo Cudicini.
Statistik Perlawanan :
Keputusan : Malaysia 0 Chelsea 2
Percubaan Tepat : Malaysia 4 Chelsea 7
Tendangan Sudut : Malaysia 0 Chelsea 5
Kekasaran : Malaysia 9 Chelsea 6
Ofsaid : Malaysia 0 Chelsea 5
Barisan Pemain.
Chelsea (4-3-3) Cech (Cudicini 64); Essien, Carvalho (Alex h-t), Terry (c) (Ivanovic 77), Bridge (A Cole h-t); Deco (Shevchenko 64), Mikel, Lampard (Sinclair 77); Wright-Phillips (Ferreira h-t), Anelka (Di Santo 64), J Cole (Malouda h-t).
Pengurus : Luiz Felipe Scolari
Malaysia (4-1-4-1) Helmi, Norhafiz, Irwan (Asraruddin 35), Aidil (Subramaniam 81), Fauzie (Shafizan), Amirulhadi, Hardi (Zairo), Indra (Ashari 86), Shukor (c) (Shahril), Safee (Zaquan), Hairuddin (Nizaruddin).
Jurulatih : B Sathianathan
Pengadil : Subkhiddin Hj Salleh
Tackle – Syabas Malaysia! Walaupun kalah tapi pemain-pemain menunjukkan semangat melawan yang tinggi. Yang penting, kita dapat menepis sindiran-sindiran tajam yang cuba memperlekehkan skuad negara kita……Malaysia Boleh!!!
| 2.7 |






































Comment by
oktant (Who am I?)
Kali ini kalah secara bermaruah yer. :p
Lepas ni player kita bolehlah kongsikan
pengalaman semalam dengan rakan mereka
di pasukan negeri atau kelab.