IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Liverpool Atasi Cabaran Sengit Wigan.

Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri sepanjang tahun 2008 apabila bangkit dari  ketinggalan sebanyak dua kali sebelum membenam cabaran Wigan 2-1 di Anfield malam tadi. Dirk Kuyt muncul wira Liverpool selepas pemain itu menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan The Reds dalam perlawanan yang sengit itu. Penyerang Mesir, Amr Zaki turut menyerlah dalam perlawanan itu dengan menjaringkan dua gol namun hampa kerana Wigan tetap di pihak yang kalah. Malang Wigan berganda apabila terpaksa bermain dengan sepuluh orang selepas Antonio Valencia diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan.

Skuad Liverpool yang menerima khabar kemenangan besar Chelsea 5-0 ke atas Middlesbrough dalam perlawanan sebelum itu sedar bahawa mereka tiada pilihan lain selain memenangi perlawanan itu. Namun, mereka terlebih dahulu menerima kejutan dari Wigan yang mendapat gol pertama pada minit ke-29. Kesilapan pemain pertahanan Liverpool, Daniel Agger membawa padah apabila Zaki mencuri bola dari pemain itu sebelum melepaskan rembatan leret yang menewaskan Pepe Reina.

Liverpool yang tersentak dengan jaringan itu terus menggandakan serangan ke kubu Wigan. Pada minit ke-37, Agger menebus kesilapan awalnya dengan membuat gerakan menarik di sebelah kanan pintu gol Wigan sebelum membuat hantaran yang disudahkan oleh Kuyt. Kuyt turut menyaksikan percubaannya pada minit ke-43 sekadar singgah di palang gol lawan. Ketika permainan pada babak pertama akan tamat bila-bila masa, Zaki melakukan sepakan voli yang terus menerjah ke jaring pasukan tuan rumah.

Babak kedua terus menampilkan aksi menarik dari kedua-dua pasukan. Nasib malang Wigan tiba pada minit ke-74. Valencia yang menerima kad kuning pertama pada minit ke-71, melakukan terjahan keras ke atas Xavi Alonso empat minit kemudian menyebabkan pengadil mengarahkannya keluar padang. Kesempatan ini digunakan oleh Liverpool untuk meningkatkan asakan ke pintu gol Wigan. Alberto Riera akhirnya menjaringkan gol pertamanya dalam EPL dengan rembatan kaki kanan yang memberikan gol penyamaan buat Liverpool pada minit ke-79. Kuyt yang bekerja keras sepanjang perlawanan, menerima ganjarannya pada minit ke-85 apabila sepakan guntingnya hasil hantaran Jermaine Pennant menggegar jaring Wigan sekaligus memberikan kemenangan dramatik 3-2 Liverpool ke atas Wigan.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)