Liga Super – Terengganu Pamer Aksi Hebat Untuk Benam Selangor.
Terengganu mengenepikan semua ramalan awal yang mengatakan mereka akan tersungkur kepada Selangor apabila menang bergaya 4-0 ke atas lawannya itu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Dua sepakan penalti yang dimiliki Terengganu ternyata meruntun semangat para pemain Selangor sehingga mereka hilang punca di sebalik penguasaan bahagian tengah yang dijana oleh Safiq Rahim, Hardi Jaafar dan Bunyamin Omar.
Bagaimanapun, Terengganu lebih berbisa dari segi tindakan penyudah dengan kemampuan barisan pemain penyerang mereka yang begitu efisien ketika berada di hadapan gol lawan.
Gandingan Ashaari Samsudin dan Abdul Manaf Mamat begitu menjadi apabila gerakan satu dua pemain-pemain itu membolehkan Manaf meledakkan rembatan leret pada minit ke-13 yang menewaskan Hamsani Ahmad.
Manaf sekali lagi menjadi duri dalam daging pasukan Selangor apabila gerakan solonya pada minit ke-33 menyebabkan Hamsani terpaksa menjatuhkannya sehingga pengadil menganugerahi sepakan penalti kepada Terengganu. Ashaari tenang menyempurnakan sepakan penalti itu.
Joseph Kalang Tie yang dimasukkan sebagai pemain gantian mengukuhkan kedudukan buat pasukan tuan rumah apabila dia meledakkan rembatan kaki kiri yang gagal ditolak keluar oleh Hamsani menyebabkan bola menerjah jaring gol Selangor.
Terengganu memperolehi satu lagi sepakan penalti pada penghujung perlawanan apabila pengadil menyalahkan Asraruddin Putra Omar kerana dikatakan memegang bola dengan tangan. Ashaari sekali lagi tenang menyempurnakan sepakan penalti itu untuk gol keempat Terengganu.
Kemenangan itu membolehkan Terengganu merapatkan jurang kepada hanya satu mata sahaja di belakang Selangor yang masih menguasai takhta liga.
Lain-lain keputusan :
Kelantan 4 vs Johor FC 1
Perlis 2 vs Pulau Pinang 0
KL Plus 0 vs Kuala Lumpur 0
Kedah 1 vs Perak 1








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.