IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Liga Super – Selangor Seri, Terengganu Kembali Himpit Pendahulu Liga.

Selangor yang menang besar 6-0 ke atas Johor dalam perlawanan terdahulu, gagal mengekalkan momentum kemenangannya apabila sekadar seri 1-1 dengan Perlis di Stadium Utama, Kangar malam tadi.

Ahmad Fakri Shaarani membuka tirai jaringan buat Perlis pada minit ke-12 sebelum Safiq Rahim menyelamatkan maruah Selangor dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41 bagi membolehkan skuad Gergasi Merah membawa pulang satu mata sekaligus mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu liga.

Terengganu yang mengekori Selangor di tangga kedua kembali merapatkan diri dengan pendahulu liga itu dengan jurang dua mata sahaja apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Gol-gol kemenangan Terengganu dijaringkan oleh Zairol Anuar Zailani dan Ashaari Shamsudin. Skuad Penyu kini memungut 14 mata berbanding Selangor yang memungut 16 mata.

Kelantan pula menggunakan kesempatan bermain di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, Kota Bharu apabila menundukkan Pulau Pinang 3-1.

Walaupun ketinggalan satu gol hasil jaringan pemain pasukan pelawat, V. Jaganathan, Kelantan kemudiannya meledakkan tiga gol menerusi jaringan hatrik Norshahrul Idlan Talaha.

Lain-lain keputusan :

Pahang 2 vs KL Plus 1

Kedah 3 vs T-Team 1

Perak 0 vs Johor FC 3

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)