IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Liga Super – Selangor Kekal Rekod Kemenangan, Kini Di Puncak Liga.

Selangor kini mengungguli takhta Liga Super apabila mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus dengan menewaskan KL Plus 1-0 di Stadium Petaling Jaya malam tadi.

Menang dalam dua perlawanan sebelum ini, Hardi Jaafar memastikan rentak kemenangan pasukannya kekal apabila dia meledakkan jaringan tunggal dalam perlawanan itu pada minit ke-57.

Terengganu mendaki ke tangga kedua liga apabila membelasah Pulau Pinang 4-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Gol-gol Terengganu dihasilkan oleh Md Firdaus Md Fauzi (minit ke-59), Ashaari Samsudin (minit ke-62), Joseph Kalang Tie (minit ke-82) dan Abdul Manaf Mamat (minit ke-89).

Perak pula mencatat kemenangan pertama musim ini apabila menewaskan Johor 2-0 di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin.

Gol pertama skuad Seladang dijaringkan oleh Md Syazwan Md Roslan pada minit ke-89 sebelum penyerang prolofiknya, Razali Umar Kandasamy melengkapkan kemenangan itu dengan gol kedua pada masa kecederaan.

Pahang turut mencatat kemenangan apabila mengatasi cabaran T-Team 2-1 di Stadium Darul Makmur.

T-Team mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol pembukaan pada minit ke-19 menerusi Azrul Hazran Amiludin Baki namun berjaya dipadam oleh Pahang menerusi dua jaringan Shahrizan Md Saleh pada minit ke-85 dan 90.

Kelantan pula sekadar seri 0-0 dengan Perlis dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kangar.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)