IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Liga Super – Selangor Julang Kejuaraan Dengan Bergaya.

Selangor yang telah mengesahkan kejayaannya selaku juara Liga Super 2009, menutup tirai liga dengan bergaya apabila membelasah pasukan Pahang 5-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu tambah bermakna apabila di penamat saingan, telah diserahkan Piala Liga Super kepada skuad Gergasi Merah oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus menepati sasaran pengurusan Selangor untuk merangkul kejuaraan liga itu buat kali pertama sejak ia diperkenalkan.

Pahang memulakan perlawanan dengan baik apabila mendahului pada minit ke-13 menerusi jaringan Muhammad Badrul Hisani namun berjaya disamakan oleh pasukan tuan rumah empat minit kemudian menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safee Sali.

Selepas itu, Selangor tidak menoleh ke belakang apabila meledak dengan empat gol lagi menerusi Amri Yahyah(minit ke-43 dan 64), Safee Sali (minit ke-59) dan R. Surendran (minit ke-69).

Kejayaan itu tambah manis apabila ketua pasukan Selangor, Mohd Amri Yahyah yang menjaringkan dua gol ketika menentang Manchester United menerima anugerah Pemain Terbaik perlawanan itu.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)