IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Liga Super – Kelantan Catat Kemenangan Pertama, Kedah Merana.

Kelantan mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila menang bergaya 3-0 ke atas Johor di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Setelah hanya mencatat keputusan seri 0-0 dengan Terengganu dalam perlawanan pertama, pemain-pemain Kelantan kelihatan bernafsu untuk mencatat kemenangan lebih-lebih lagi bermain di hadapan penyokong sendiri.

Pemain yang baru menyertai Kelantan, Akhmal Rizal Ahmad Rakhli membuka tirai jaringan seawal minit ke-3 sebelum ketua pasukannya, Badri Radzi menggandakan kedudukan pada minit ke-47.

Indra Putra Mahayuddin melengkapkan malam gemilang Kelantan dengan menjaringkan gol ketiga menerusi tandukan kencang pada minit ke-49.

Kedah pula hampa apabila kecundang tipis 0-1 kepada jirannya, Perlis yang terpaksa bermain dengan sepuluh pemain di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Gol tunggal Perlis dijaringkan oleh Azrul Ahmad pada minit ke-17. Bagaimanapun, pasukan pelawat terpaksa bermain selama sepuluh pemain selama hampir 70 minit berikutan Badrul Azam Zamri dilayangkan kad merah pada minit ke-20.

Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan belum lagi berupaya mencatat kemenangan apabila dipaksa seri 1-1 oleh Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Wan Rohaimi Wan Ismail meletakkan Johor FC di depan dengan jaringan pertama pada minit ke-75 namun berjaya disamakan oleh Norizam Salaman enam minit kemudian.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)