Liga Super – Kedudukan Selangor Dan Perlis Kekal, Kelantan Makin Bernafsu Catat Kemenangan.
Selangor dan Perlis kekal di tangga teratas dan kedua Liga Super apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam pertembungan di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.
Perlis yang perlukan kemenangan untuk memintas Selangor, gagal mengambil kesempatan walaupun bermain di hadapan penyokong setianya ekoran kekentalan benteng pertahanan Selangor yang begitu kebal bertahan.
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor memungut 48 mata dari 21 perlawanan meninggalkan Perlis dengan hanya kelebihan dua mata sahaja di belakangnya.
Di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan terus mengganas dengan satu lagi kemenangan bergaya apabila mudah menundukkan Perak 4-0.
Indra Putra Mahayuddin menampilkan persembahan berbisa dengan ledakan hatrik pada perlawanan itu. Gol-gol Indra dijaringkan pada minit ke-34, 51 dan 74 manakala satu gol lagi disumbangkan oleh Norfarhan Muhammad pada minit ke-69.
Lain-lain keputusan – Kedah sekadar seri 0-0 dengan KL Plus, Negeri Sembilan tunduk 0-3 kepada Johor FC, UPB MyTeam menewaskan Pulau Pinang 2-1, Kuala Muda Naza membelasah Pahang 4-1 dan PDRM kecundang 1-4 kepada Terengganu.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.