IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Liga Juara Eropah – Villareal Akhiri Perjuangan Panathinaikos.

Jaringan Joseba Llorente membantu kelab Sepanyol, Villareal untuk menempah tempat di peringkat suku akhir Liga Juara Eropah selepas mengatasi cabaran sengit Panathinaikos 2-1 di Athens awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Manuel Pellegrini, berkunjung ke Athens untuk menempuhi perlawanan kedua tanpa sebarang kelebihan selepas terikat 1-1 dalam perlawanan pertama di tempat sendiri dua minggu lalu.

Keputusan itu menyaksikan mereka mara ke suku akhir dengan kemenangan agregat 3-2.

Perlawanan pada babak pertama buntu tanpa sebarang jaringan dihasilkan, namun berubah rentak sebaik babak kedua bermula.

Ariel Ibagaza meletakkan pasukan pelawat di depan dengan gol pendahuluan pada minit ke-49 setelah dia menyudahkan gerakan yang dicipta Giuseppe Rossi dan Joan Capdevilla menyebabkan stadium yang dipenuhi penyokong pasukan tuan rumah menjadi sunyi seketika.

Namun, keadaan riuh kembali menjelma apabila Panathinaikos berjaya menyamakan kedudukan enam minit kemudian menerusi Vaqelis Mantzios.

Mantzios kembali dalam kesebelasan utama Panathinaikos sejak perlawanan pertama di Villareal, menanduk masuk bola sepakan sudut Giorgias Karagounis untuk menceriakan kembali para penyokong pasukan tuan rumah.

Villareal sememangnya tampak berbahaya dengan corak serangan balas pada babak kedua, dan kelab Sepanyol itu kembali mendahului buat kali kedua pada 20 minit terakhir apabila Llorente, yang dimasukkan pada babak kedua, melepaskan rembatan setelah menerima hantaran Ibagaza.

Semangat melawan pasukan tuan rumah kelihatan luntur selepas jaringan Llorente itu dan keputusan itu kekal hingga ke akhir perlawanan.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)