Liga Juara Eropah – Pertembungan Dua Gergasi Berakhir Dengan Seri.
AC Milan dan Real Madrid memungut satu mata apabila terikat 1-1 dalam saingan Liga Juara Eropah di San Siro semalam meletakkan kedua-dua pasukan di landasan tepat untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
Karim Benzema memberikan Real gol pendahuluan pada minit ke-29 namun Ronaldinho menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti enam minit kemudian.
Alexandre Pato berjaya menjaringkan gol yang agak kontroversi namun dibatalkan manakala Dida menafikan percubaan Raul pada minit akhir perlawanan yang hampir memberikan kemenangan kepada Real.
Kedua-dua jurulatih pasukan memilih untuk menurunkan pemain yang berada dalam prestasi terbaik berbanding nama dalam kesebelasan utama mereka.
Filippo Inzaghi hanya kurang satu gol dari rekod 69 gol Gerd Muller dalam kejohanan Eropah namun dia diletakkan di bangku simpanan dengan Leonardo lebih mempercayai Marco Boriello, yang menjaringkan kedua-dua gol sewaktu kemenangan 2-0 Milan ke atas Parma minggu lalu.
Manakala Raul pula, yang hanya satu gol di belakang Inzaghi dengan jumlah 67 gol juga diletakkan di bangku simpanan oleh Manuel Pellegrini yang meletakkan kepercayaan kepada Gonzalo Higuain, yang memainkan peranan utama membantu Real memungut tiga mata ketika menentang Getafe dalam saingan La Liga.
Kaka diberi sambutan dingin ketika kembali bermain di San Siro namun selepas dia menampilkan aksi baik, dia mula menerima ejekan dari penyokong tuan rumah.
Sergio Ramos dan Benzema berjaya meledakkan dua percubaan hampir tepat, dengan Dida sudahpun tertewas pada kedua-dua situasi. Milan turut mencemaskan kubu lawan menerusi Pato namun Iker Casillas berjaya menafikannya dengan tangan kanan.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.