IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Liga Juara Eropah – Liverpool Duka Dalam Suka.

Liverpool akhirnya mencatat kemenangan setelah gagal melakukannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini apabila mereka mengalahkan Debrecen 1-0 di Hungary semalam namun terpaksa menelan keperitan tersingkir dari saingan Liga Juara Eropah.

‘The Reds’ perlukan kemenangan untuk membuka peluang melayakkan diri dalam kalangan 16 pasukan terakhir namun impian mereka berakhir selepas mengetahui saingan mereka, Fiorentina menang 1-0 ke atas Olympique Lyon di Florence yang memberikan kelab Itali itu tiket ke saingan seterusnya.

David Ngog menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan itu seawal minit ke-4 namun ianya tidak membawa apa-apa makna akibat kemampuan mereka yang hanya memungut satu mata dari dua perlawanan menentang Lyon sebelum ini.

Liverpool amat mengharapkan pertolongan Lyon untuk membenam Fiorentina tetapi sebaliknya mereka hampa sekaligus menyaksikan pasukan Merseyside itu gagal melangkah ke saingan kalah mati buat pertama kali setelah enam musim berada di bawah bimbingan Rafael Benitez.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)