IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Liga Juara Eropah – Chelsea Sekadar Seri Di Tempat Sendiri.

Chelsea menamatkan saingan kumpulan dalam Liga Juara Eropah dengan rekod tanpa kalah apabila seri 2-2 tetapi kelemahan bahagian pertahanan mereka sekali lagi terpancar selepas membenarkan APOEL menjaringkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan di Stamford Bridge semalam.

Chelsea kini gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka dan barisan pemain Carlo Ancelotti menerima kejutan awal apabila Marcin Zewlakow meletakkan APOEL di depan pada minit ke-6.

Bagaimanapun Chelsea, yang membuat tujuh pertukaran dari skuad yang kalah kepada Manchester City dalam saingan EPL hari Sabtu lalu, bertindak balas menerusi dua gol jaringan Michael Essien (minit ke-19) dan Didier Drogba (minit ke-26) untuk membolehkan mereka mendahului 2-1 pada babak pertama.

Ancelotti secara terang langsung tidak bimbang yang reputasinya akan terjejas dengan tindakannya merehatkan penjaga gol, Petr Cech dan pemain tengahnya, Frank Lampard pada malam yang dipenuhi pemain gantian.

Lampard hanya dimasukkan pada minit ke-27 selepas Drogba menjaringkan gol kedua pada ketika penjaring gol pertama, Essien mengalami kecederaan buku lali dan terpaksa meninggalkan padang.

Barisan pertahanan Chelsea sudah banyak mendapat kritikan sejak minggu lalu dan satu lagi kecuaian menyebabkan APOEL menjadi pasukan kedua yang dapat menjaringkan gol di Stamford Bridge.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)