Liga Juara Eropah – Barcelona Lebih Hebat Daripada Inter Milan.
Penyandang juara, Barcelona mara ke puncak kumpulannya dalam saingan Liga Juara Eropah selepas menumpaskan pendahulu sebelumnya, Inter Milan 2-0 di Nou Camp semalam.
Barca mungkin akan mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan ini andainya mereka tewas dalam perlawanan ini namun skuad bimbingan Pep Guardiola membuktikan sebaliknya untuk menempah tempat ke fasa kalah mati bersama 15 pasukan lain.
Mereka seharusnya berterima kasih kepada dua jaringan awal oleh Gerard Pique (minit ke-10) dan Pedro (minit ke-26) untuk membolehkan gergasi Sepanyol itu memungut lapan mata dari lima perlawanan, dua mata mengatasi Inter dan Rubin Kazan dan tiga mata mengatasi Dynamo Kiev, yang seri tanpa jaringan dengan Rubin dalam satu lagi perlawanan. Barca akan bertandang ke Kiev dalam perlawanan terakhir mereka bulan depan.
Barca turun dalam perlawanan ini dengan pelbagai masalah. Bukan hanya disebabkan mereka hanya menang satu dari empat perlawanan tetapi juga kerana mereka dibebani oleh masalah kecederaan dan masalah kesihatan pemain.
Eric Abidal bermula dalam kesebelasan pertama selepas pulih dari selsema burung, tetapi Yaya Toure terpaksa direhatkan kerana konflik kesihatan manakala pasangan penyerang, Zlatan Ibrahimovic dan Lionel Messi sekadar diletakkan di bangku simpanan kerana sedang bergelut dengan kecergasan.







































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.