IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Lagi Keputusan EPL.

Liverpool melepaskan peluang memanjat tangga pendahulu apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan kelab di tangga bawahan, Stoke City di Anfield malam tadi. Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard mengusahakan segalanya namun gagal menembusi pintu gol Stoke sekaligus gagal dalam pencarian golnya yang ke-100 bersama Liverpool.

Walaupun Gerrard berjaya juga menembusi gol lawan pada babak pertama menerusi sepakan percuma namun gol itu tidak disahkan oleh pengadil kerana pemain Liverpool berada dalam kedudukan ofsaid. Liverpool yang menguasai perlawanan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol terutama pada babak kedua namun segala percubaan pemainnya sama ada tersasar ataupun diselamatkan oleh penjaga gol Stoke, Thomas Sorensen. Fernando Torres, Robbie Keane, Dirk Kuyt, Jamie Garragher mahupun Gerrard sendiri semuanya menyaksikan percubaan mereka gagal menghasilkan gol buat Liverpool.

Gianfranco Zola kini mampu tersenyum apabila kelab bimbingannya, West Ham United menang selesa 3-1 ke atas Newcastle United di Boleyn Ground. David Di Michele menjadi inspirasi dalam kemenangan ini dengan menyumbangkan dua gol di samping menjadi arkitek kepada satu gol lagi. Di Michele dibeli oleh West Ham dari kelab Itali, Torino di saat akhir sebelum jendela pembelian pemain ditutup. Jaringan pertama Di Michele dihasilkan pada minit ke-8 apabila rembatannya terkena kaki David Edgar lalu melambung melepasi penjaga gol Newcastle, Shay Given. Di Michele menambah gol kedua buat West Ham pada minit ke-37. Percubaan pertamanya diselamatkan oleh Given namun bola lantunannya disudahkan dengan cemerlang oleh Di Michele. Di Michele terus menjadi duri dalam daging buat Newcastle apabila hantarannya pada minit ke-53 disudahkan Etherington dari jarak dekat. Newcastle mendapat gol saguhatinya menerusi jaringan Michael Owen pada minit ke-66.

Dalam satu lagi perlawanan, Arsenal bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum menang 3-1 ke atas Bolton Wanderers di Stadium Reebok. Kevin Davies menjaringkan gol pendahuluan buat Bolton menerusi gol pada minit ke-14. Bagaimanapun, Arsenal bingkas bangkit dan berhasil menyamakan kedudukan menerusi Emmanuel Eboue sebelas minit kemudian. Dua minit kemudian, Arsenal pula mengambil alih sebagai pendahulu perlawanan apabila Nicolas Bendtner menjaringkan gol kedua Arsenal bagi membolehkan Arsenal mendahului 2-1 pada babak pertama. Arsenal mengukuhkan kedudukan apabila Denilson menjaringkan gol ketiga pada minit ke-86 hasil hantaran Emmanuel Adebayor sekaligus memberikan Arsenal kemenangan 3-1 ke atas Bolton. Kemenangan ini meletakkan Arsenal sebagai pendahulu EPL buat kali pertama musim ini. Kedudukan ini bagaimanapun akan berubah sekiranya Chelsea menang ketika menentang Manchester United malam ini.

Berikut adalah keputusan penuh EPL malam tadi.

Rate this:
3.0

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)