La Liga – Higuain Kembalikan Kecemerlangan Real Madrid.
Gonzalo Higuain meledakkan dua gol pada ketika sepuluh pemain Real Madrid menampilkan persembahan mengkagumkan untuk menundukkan pesaing setempat, Getafe 2-0 di Bernabeu semalam dan menamatkan prestasi tidak menentu dalam saingan kejohanan tempatan.
Madrid turun dalam perlawanan ini dengan penuh tekanan berikutan kekalahan memalukan 0-4 kepada pasukan Liga Ketiga, Alcorcon dalam saingan Copa del Rey pada hari Selasa lalu, kekalahan ketiga mereka dari lima perlawanan menyebabkan media Sepanyol membuat pelbagai spekulasi tentang kedudukan jurulatihnya, Pep Guardiola.
Apabila pemain pertahanan, Raul Albiol dilayangkan kad merah pada minit ke-27, ia kelihatan merupakan satu lagi perlawanan yang akan menambah derita buat gergasi Sepanyol itu.
Bagaimanapun, kehilangan seorang pemain tidak menjadikan semangat pemain Madrid luntur sebaliknya mereka mendominasi hampir keseluruhan perlawanan.
Lassana Diara dan Kaka adalah antara pemain yang mempamerkan aksi menarik namun paling menyerlah Higuain yang menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit pada babak kedua, minit ke-53 dan 56.
Keputusan ini bermakna Madrid telah mencatat kemenangan ketujuh dari sembilan perlawanan liga dan mengekori rapat kedudukan Barcelona dengan memungut 22 mata.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.