IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

La Liga – Barcelona Terus Cemerlang Untuk Catat Kemenangan.

Barcelona membelasah Sevilla 4-0 dibantu oleh dua gol Lionel Messi untuk membolehkan mereka menjarakkan diri dari pesaing di tempat kedua, Real Madrid yang tewas kepada Athletic Bilbao dalam satu lagi perlawanan Liga Primera Sepanyol semalam.

Barca meningkatkan jurang kepada lima mata ketika baru separuh musim berlangsung selepas Real Madrid tumpas mengejut 0-1 kepada Bilbao menerusi jaringan minit ke-3 oleh Fernando Llorente.

Barcelona yang tersingkir dari saingan Copa del Rey kepada Sevilla minggu lalu, memungut 46 mata dari 18 perlawanan mengatasi Real yang memungut 41 mata manakala Valencia di tangga ketiga dengan 35 mata.

Barca menguasai permainan sejak dari awal perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan di Nou Camp. Zlatan Ibrahimovic, Thierry Henry dan Messi kesemuanya hampir menggegar jaring sehinggalah pemain pertahanan Sevilla, Julien Escude tertampan hantaran Rafael Marquez ke gawang sendiri pada minit ke-49.

Ketika permainan memasuki minit ke-70, Barca menggandakan kedudukan menerusi Pedro sebelum Messi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-85.

Penyerang Argentina itu kemudiannya menambah satu gol lagi pada masa kecederaan, golnya yang ke-14 musim ini, dua gol mengatasi pesaing terdekatnya, David Villa dari Valencia.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)