IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

La Liga – Barcelona Kembali Tersenyum, Real Madrid Terkesima Di Gelanggang Sendiri.

Barcelona kembali ke landasan kemenangan dan menjarakkan diri selaku pendahulu liga setelah mencatat kemenangan 2-0 ke atas Athletic Bilbao manakala pesaing terdekatnya, Real Madrid terikat 1-1 dengan Atletico Madrid di tempat sendiri.

Tandukan Sergio Busquets dan sepakan penalti yang disempurnakan Lionel Messi, kedua-duanya pada babak pertama, memberikan Barca kemenangan pertama dari enam perlawanan dalam kejohanan yang disertainya.

Mereka kini meningkatkan jurang kepada enam mata ke atas Real Madrid, yang rekod kemenangan sepuluh perlawanan berturut-turutnya ditamatkan oleh kelab setempat, Atletico.

Diego Forlan meletakkan Atletico di hadapan pada babak pertama sebelum Klaas Jan Huntelaar menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Pasukan pelawat, yang menewaskan Barca minggu lalu, terlepas beberapa peluang pada babak kedua untuk menang ke atas seteru setempatnya itu, yang gagal ditewaskannya sejak 1999.

Barca kini memungut 63 mata dengan berbaki 12 perlawanan untuk ditamatkan. Atletico pula menduduki tangga kelima dengan 40 mata, di belakang juara bertahan, Real (57 mata), Sevilla (47) dan Villarreal (42).

Villareal pula mengalahkan Espanyol 1-0 di tempat sendiri tetapi mereka terpaksa teguh bertahan serangan bertali arus pasukan pelawat pada babak kedua.

Tandukan Fabricio Fuentes dari sepakan sudut Ariel Ibagaza pada minit ke-20 sudah memadai buat Villareal memungut tiga mata penuh dari perlawanan itu.

Nene memenangi sepakan penalti buat Espanyol selepas dia dikasari oleh Diego Godin namun sepakan Luis Garcia melepasi palang gol.

Penjaga gol Villareal turut beraksi cemerlang apabila dia melakukan dua aksi menyelamat dengan menafikan percubaan Garcia dan Daniel Jarque pada babak kedua.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)