IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

La Liga – Barcelona Diikat Villareal Di Tempat Sendiri.

Barcelona mencicirkan mata di tempat sendiri buat pertama kali musim ini dalam saingan La Liga apabila diikat 1-1 oleh Villareal di Nou Camp.

Skuad bimbingan Pep Guardiola mempamerkan enam trofi kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2009 sebelum perlawanan bermula sebagai satu keraian untuk perlawanan pertama mereka pada tahun baru.

Mereka kelihatan berada di landasan yang betul apabila Pedro, yang menjaringkan gol dalam kesemua enam kejohanan yang dimenangi Barca, membuka tirai jaringan seawal minit ke-7.

Bagaimanapun, Villareal mencacatkan kegembiraan mereka apabila menyamakan kedudukan menerusi David Fuster pada minit ke-51 manakala Zlatan Ibrahimovic melepaskan satu peluang terbuka buat menambah gol Barca pada lewat permainan.

Selepas memenangi trofi kejuaraan Kelab Dunia FIFA dengan menewaskan Estudiantes, Guardiola telah memberikan amaran kepada para pemainnya agar jangan terlalu bergembira dengan kejayaan yang dicapai.

Villareal, dengan rekod tanpa kalah dalam dua kunjungan terakhir ke Nou Camp, turun dengan prestasi terkini yang memberangsangkan, menang enam dari lapan perlawanan terakhir mereka dalam liga.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)