Korea Pula Jadi Mangsa Itali.
![]()

11 OGOS - Pasukan Itali terus mengganas dengan menjadikan Korea Selatan sebagai mangsa seterusnya. Itali menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam perlawanan Kumpulan D sekaligus menempah tempat ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik Beijing. Perlawanan yang berlangsung di Qinhuangdao itu didominasi sepenuhnya oleh Itali. Itali mendahului Korea Selatan 2-0 pada babak pertama menerusi Giuseppe Rossi dan Tomasso Rocchi sebelum Riccardo Montolivo menjaringkan gol ketiga Itali pada minit-minit akhir perlawanan.





Dalam perlawanan Kumpulan A yang berlangsung di Shanghai, Ivory Coast menghidupkan semula peluangnya ke suku akhir apabila mengalahkan Serbia 4-2. Dua jaringan pada setiap babak memberikan tiga mata berharga kepada Ivory Coast sekaligus meletakkannya di tempat kedua dalam Kumpulan A di belakang Argentina.





Amerika Syarikat dan Belanda terikat 2-2 dalam perlawanan Kumpulan C yang berlangsung di Tianjin. Sacha Kljestan dan Jozy Altidore menjaringkan kedua-dua gol Amerika manakala Ryan Babel dan Gerald Sibon menjaringkan gol buat Belanda.





Pasukan tuan rumah, China menyempitkan peluangnya ke suku akhir apabila tewas 0-2 kepada Belgium dalam perlawanan Kumpulan C di Shenyang. Dua jaringan Belgium dijaringkan oleh Moussa Dembele dan Kevin Mirallas. Dengan kekalahan itu, China mesti menang perlawanan terakhirnya menentang Brazil 13 Ogos ini.




Tackle - Pasukan tuan rumah kemungkinan akan tersingkir dari saingan seterusnya lagi-lagi terpaksa berhadapan dengan Brazil dalam perlawanan terakhir. Tapi manalah tau ada keajaiban berlaku……
Klik untuk lihat kedudukan terkini kumpulan.
| 3.0 |







































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.