MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Sunderland terjerumus ke zon penyingkiran selepas dibelasah 1-4 oleh Bolton Wanderers dalam saingan EPL malam tadi.

Sunderland kini kalah lima dari enam perlawanan terakhirnya termasuk empat kekalahan di gelanggangnya, Stadium of Light.

Segalanya kelihatan bermula baik buat Sunderland apabila terlebih dahulu menggegar jaring menerusi Djibril Cisse selepas menerima hantaran Steed Malbranque. Bagaimanapun, Matt Taylor menanduk masuk gol penyamaan pelawat pada minit ke-18.

Gary Cahill kemudiannya melakukan rembatan leret untuk meletakkan Bolton di depan selepas pemain pertahanan pasukan tuan rumah gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Johan Elmander menjaringkan gol ketiga dari sudut sukar sebelum menambah gol keempat buat Bolton selepas menyempurnakan hantaran Kevin Nolan.

Aston Villa gagal melonjak ke tangga ketiga liga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Fulham di Villa Park. Ini adalah kali kedua mereka mengekalkan kedudukan selaku empat pasukan terbaik liga selepas turut melakukannya minggu lalu ketika seri dengan Liverpool.

Rembatan Ashley Young dari jarak dekat yang tersasar dan tandukan Stiliyan Petrov yang melepasi palang membuatkan Villa hampa sebaliknya memberikan satu mata berharga buat Fulham.

Perlawanan antara Middlesbrough dan Newcastle United pula hanya bernyawa pada babak kedua.

Obafemi Martins dan Danny Guthrie mempunyai peluang terbaik memecah kebuntuan dalam perlawanan itu yang bagaimanapun gagal menemui sasaran.

Bagaimanapun, Boro yang lebih banyak menguasai perlawanan pada babak kedua dengan Alfonso Alves hampir menembusi gawang Fulham namun Shay Given berjaya menafikannya. Akhirnya kedua-dua pasukan berkongsi mata setelah seri 0-0.

Ishmael Miller memberikan gol pendahuluan buat West Bromwich Albion ketika menentang Wigan di Stadium JJB. Miller tenang menyempurnakan hantaran Titus Bramble untuk menewaskan Chris Kirkland.

Henri Camara bagaimanapun menyamakan kedudukan buat Wigan selepas mengambil kesempatan dari kesilapan Paul Robinson.

Pada ketika perlawanan berbaki lima minit lagi, Emerson Boyce muncul wira dengan jaringan kemenangan buat pasukan tuan rumah. Kesudahannya Wigan menewaskan West Brom 2-1. Ini adalah kemenangan kedua Wigan di tempat sendiri minggu ini.

Penyudahan sempurna Marlon King pada masa kecederaan babak pertama memberikan Hull City gol pendahuluan mengatasi Stoke City di Stadium Britannia selepas persembahan hambar pada awal babak pertama.

Bagaimanapun jaringan penalti Ricardo Fuller memberikan pasukan tuan rumah satu mata. Penalti itu diperolehi selepas dia dijatuhkan di dalam kawasan penalti oleh Boaz Myhill. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas perlawanan berakhir.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)