IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2010 Asia.

Arab Saudi mengutip tiga mata berharga apabila menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Abu Dhabi semalam. Bagaimanapun, UAE terlebih dahulu di depan apabila menjaringkan gol menerusi Subait Khater pada minit ke-23 bagi membolehkan UAE mendahului 1-0 pada babak pertama. Arab Saudi kembali bersaing apabila mendapatkan gol penyamaan pada babk kedua. Abdoh Autef merembat kencang dari jarak 25 ela mengelirukan penjaga gol UAE, Majed Naser selepas terkena pemain pertahanan, Rashid Abdulrehman.

Gol penyamaan pada minit ke-68 itu memberikan semangat berganda kepada pemain-pemain Arab Saudi. Hasilnya, empat minit kemudian Arab Saudi mengambil alih sebagai pendahulu perlawanan setelah Ahmed Al Fraidi menjaringkan gol kedua sekaligus gol kemenangan Arab Saudi.

Sementara itu, Qatar pula sekadar seri dengan jirannya Bahrain 1-1 di Doha. Pemain kelahiran Uruguay, Sebastien Soria menjaringkan gol seawal minit ke-5 untuk membolehkan Qatar mendahului 1-0 apabila dia menyempurnakan bola hantaran jauh dari rakannya. Pada minit ke-36, Soria kemudiannya dijatuhkan oleh pemain UAE, Abdulla Marzooq di dalam kawasan penaltinya. Akibatnya, Abdulla dilayangkan kad merah dan terpaksa meninggalkan padang. Soria yang bingkas bangkit untuk mengambil sepakan penalti itu bagaimanapun gagal melaksanakan tugasnya. Penjaga gol UAE, Sayed Mohammed membuat jangkaan tepat dengan merebahkan dirinya ke sebelah kanan dan berjaya menepis sepakan penalti Soria itu. Bagaimanapun, babak kedua menyaksikan kebangkitan Bahrain yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi Abdulla Baba Fatadi pada minit ke-66 setelah menerima hantaran dari Jaycee John.

Dalam perlawanan lain, Australia mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Uzbekistan di Tashkent. Gol kemenangan Australia dijaringkan oleh Scott Chipperfield pada minit ke-26. Ini adalah kali pertama Australia menyertai perlawanan kelayakan Piala Dunia di zon Asia. Sebelum ini Australia bertanding di zon Oceania.

Dalam satu lagi perlawanan, dua jiran tetangga iaitu Korea Utara dan Korea Selatan sekadar seri 1-1 di Shanghai. Hong Yong Jo menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64 untuk memberikan gol pendahuluan kepada Korea Utara. Bagaimanapun kegembiraan itu tidak lama apabila Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi Ki Sung Yueng.

Rate this:
3.0

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)