IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Kejohanan Kelab Dunia – Barcelona Tundukkan Estudiantes Untuk Muncul Juara.

Lionel Messi meledakkan gol kemenangan pada masa tambahan untuk bangkit menewaskan Estudiantes La Plata 2-1 di Abu Dhabi semalam sekaligus merangkul kejuaraan Kejohanan Kelab Dunia 2009 dan melengkapkan tahun cemerlang mereka dengan enam kejuaraan.

Harapan Barca untuk menambah piala Kejohanan Kelab Dunia kepada koleksi sedia ada, Liga Primera Sepanyol, Liga Juara Eropah, Copa del Rey, Piala Super Sepanyol dan Piala Super Eropah kelihatan akan musnah apabila Estudiantes mendahului mereka menerusi tandukan Mario Boselli pada minit ke-37.

Bagaimanapun pemain gentian Barca, Pedro Rodriguez, yang masih segar dengan kejayaannya mencatat rekod jaringan sewaktu perlawanan separuh akhir menentang Atlante, menyamakan kedudukan buat Barca pada minit ke-89 sebelum Messi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-110 untuk memastikan barisan bimbingan Pep Guardiola itu melengkapkan tahun penuh gemilang mereka.

Jaringan kemenangan Messi itu mengukuhkan namanya, pada ketika dia menjadi pilihan utama untuk merangkul anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dengan anugerah Ballon d’Or sudahpun menjadi miliknya pada awal bulan ini.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)