Iran Julang Kejuaraan WAFF.

16 OGOS – Pasukan Iran menjulang kejuaraan Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) buat kali keempat apabila menewaskan pasukan Jordan 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Azadi, Tehran semalam. Iran mendahului Jordan 1-0 pada babak pertama menerusi sepakan percuma Hadi Aghlili pada minit ke-25. Jordan terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas Mohammad Alkasim dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua selepas mengasari Jalal Rafakhayi pada minit ke-75.
Kekurangan seorang pemain tidak menghalang Jordan menyamakan kedudukan apabila Amir Deeb menjaringkan gol penyamaan buat Jordan pada minit ke-80. Belum sempat Jordan bangkit, Kianoosh Rahmati memastikan Iran menggondol kejuaraan WAFF apabila menjaringkan gol kemenangan Iran pada minit ke-83. Piala kemenangan kepada juara kejohanan telah disampaikan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), Mohammad bin Hammam.
Tackle – Kemenangan Iran ini pasti akan memberi semangat kepada mereka untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia selepas ini. Iran membuktikan mereka tidak perlukan wang ringgit sebagai habuan untuk menang sebaliknya lebih mengutamakan maruah negara mereka….
| 3.0 |





















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.