Hull Gagal Pintas Chelsea.

Hull City yang dilihat mampu memintas kedudukan Chelsea jika menang gagal berbuat demikian apabila terpaksa tunduk 0-3 kepada The Blues dalam saingan EPL di tempat sendiri awal pagi tadi. Kekalahan itu sekaligus menamatkan rentetan empat kemenangan yang dicapai oleh Hull sebelum ini. Sebaliknya Chelsea kini meninggalkan Hull tiga mata di belakang dan kini kembali mengejar kedudukan teratas liga selepas tewas 0-1 kepada Liverpool Ahad lalu.
Chelsea menunjukkan kesungguhannya untuk memenangi perlawanan itu dengan mendahului Hull 1-0 ketika permainan baru berusia tiga minit menerusi pemain tengahnya, Frank Lampard. Lampard mengambil peluang kegagalan pertahanan Hull mengeluarkan bola yang dihantar oleh Florent Malouda dengan menyungkit bola melepasi Boaz Myhill. Itu adalah gol Lampard yang ke-99 dalam karier bola sepaknya. Pasukan tuan rumah hampir menyamakan kedudukan namun percubaan Daniel Cousin pada minit ke-21 terkena tiang walaupun Petr Cech telahpun tertewas.

Chelsea terus menjarakkan diri dengan dua gol lagi pada babak kedua. Pada minit ke-50, Nicolas Anelka menjaringkan gol kedua Chelsea selepas dia memperdaya dua pemain Hull sebelum menolak masuk ke gol lawan dari jarak dekat. Gol ketiga Chelsea muncul pada minit ke-75 menerusi Malouda yang menyudahkan hantaran Ricardo Carvalho.
| 3.1 |







































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.