Final Piala Konfederasi – Amerika Hampa Dan Kecewa, Brazil Muncul Juara.
Brazil bangkit dari ketinggalan dua gol pada babak pertama sebelum menewaskan Amerika Syarikat 3-2 dalam aksi mendebarkan perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 semalam.
Semangat kemenangan setelah menewaskan Sepanyol pada separuh akhir disemarakkan dengan persembahan menarik skuad Amerika pada babak pertama.
Setelah mendominasi babak pertama dengan dua gol mengatasi juara dunia sebanyak lima kali itu, Amerika tiba-tiba kehilangan arah pada babak kedua sehingga membenarkan gawangnya ditembusi tiga kali.
Amerika memulakan perlawanan dengan baik apabila sudahpun mendahului Brazil dengan gol pendahuluan pada minit ke-9 sebelum Landon Donovan menambah gol kedua pada minit ke-26.
Luis Fabiano menjaringkan dua gol pada minit ke-46 dan 73 untuk mengembalikan Brazil ke saingan perlawanan sebelum Lucio meledakkan gol kemenangan pada minit ke-83, sekaligus membolehkan Brazil mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya empat tahun lalu. Ianya juga adalah kejuaraan Piala Konfederasi yang ketiga buat Brazil.
Sudahpun layak ke kejohanan sebenar Piala Dunia 2010, skuad Amerika sememangnya mendapat banyak manfaat dari perlawanan ini, lebih-lebih lagi inilah perlawanan akhir pertama mereka dalam kejohanan anjuran FIFA.
Berikut adalah senarai penerima anugerah Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009.










































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.