IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

EPL – Wigan Jadi Mangsa Belasahan Manchester United.

Wayne Rooney menampilkan satu lagi aksi bertaraf tinggi apabila membantu Manchester United membelasah Wigan 5-0 di Old Trafford semalam.

Sir Alex Ferguson pasti menjadi orang yang paling gembira dengan prestasi terkini United dan sekiranya ianya diambil kira maka Chelsea adalah pasukan yang paling gusar dengan pencapaian United itu.

Mereka bukan sahaja hanya ketinggalan dua mata dari pendahulu liga, Chelsea tetapi juga mempunyai kelebihan perbezaan jaringan yang lebih baik berbanding seteru ketatnya itu.

Bekas pemain Wigan, Antonio Valencia turut menyerlah dalam perlawanan itu, menjadi penggerak kepada tiga gol malah dia sendiri menjaringkan gol kelima United pada minit ke-75.

Bagaimanapun, Rooney adalah watak utama, membuka jaringan pada minit ke-28, golnya yang ke-15 musim ini dan sentiasa menimbulkan masalah kepada benteng pertahanan Wigan.

Michael Carrick menggandakan kedudukan empat minit kemudian sebelum Rafael memastikan United mendahului 3-0 dengan jaringan pada penghujung babak pertama.

Dimitar Berbatov yang agak tenggelam timbul prestasinya musim ini berupaya juga menjaringkan gol keempat United pada minit ke-50.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)