IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

EPL – Tiga Gol Sendiri Bantu Manchester United Belasah Portsmouth.

Wayne Rooney menerima anugerah Pemain Terbaik Bulanan sebelum perlawanan dan kemudian membantu Manchester United kembali ke persada liga selepas membelasah Portsmouth 5-0 di Old Trafford semalam.

Penyerang England itu merobek gawang skuad Pompey dengan tandukan kencang pada minit ke-40 untuk golnya yang ke-23 musim ini, yang merupakan rekod jaringan terbaik dalam kariernya.

Gol itu kemudiannya membuka ruang buat United untuk lebih mengganas selepas itu apabila tiga gol jaringan sendiri pemain Portsmouth mewarnai perlawanan itu.

United menggandakan kedudukan pada penghujung babak pertama apabila hantaran Nani tertampan kaki Anthony Vanden Borre sehingga mengelirukan David James.

Dimitar Berbatov mengambil giliran selaku penjaring gol United apabila meledakkan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-62 sebelum satu lagi jaringan sendiri menyusul. Richard Hughes menjadi pemain kedua Portsmouth yang tertampan ke gol sendiri ketika cuba menahan rembatan Michael Carrick pada minit ke-59.

Gol kelima United juga terhasil oleh gol sendiri Marc Wilson pada minit ke-69 selepas pemain itu tertendang bola masuk ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan golnya.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)