EPL – Tevez Inspirasi Kemenangan Manchester City.
Dua gol menerusi Carlos Tevez dan satu lagi menerusi sepakan percuma menarik Javier Garrido membantu Manchester City mencatat kemenangan pertama di tempat lawan dalam tempoh empat bulan, juga kemenangan kedua dalam tempoh tiga hari di bawah bimbingan pengurus baru, Roberto Mancini.
Tevez meneruskan rentak cemerlangnya dengan menjaringkan gol ketujuh dan kelapan dalam tujuh penampilan terakhirnya dan kini mengumpul 11 jaringan sepanjang musim ini.
Pemain gantian, Garrido keluar dari penantian selama skuad itu dibimbing oleh Mark Hughes untuk menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-69 sekaligus melengkapkan kemenangan 3-0 City ke atas Wolverhampton Wanderers di Molineux.
Itu adalah kemenangan pertama di tempat lawan dalam lapan perlawanan buat City sejak kemenangan 1-0 ke atas Portsmouth pada lewat bulan Ogos lalu dan membolehkan mereka menyamai mata pasukan di tangga kelima, Aston Villa.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.