EPL – Sunderland Jadi Mangsa Amukan Chelsea.
Chelsea mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu EPL dengan satu lagi kemenangan besar apabila membelasah Sunderland 7-2 di Stamford Bridge semalam.
Skuad bimbingan Carlo Ancelotti membuktikan yang mereka masih mampu mencatat kemenangan walaupun tanpa kehadiran bintang-bintang Afrika apabila menghasilkan tujuh gol menerusi Nicolas Anelka (dua), Florent Malouda, Ashley Cole, Frank Lampard (dua) dan Michael Ballack.
Kemenangan itu meletakkan mereka di takhta liga mengatasi Manchester United dengan satu mata dan masih berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Sunderland berjaya membalas dengan dua jaringan menerusi pemain gantian, Bolo Zenden dan Darren Bent namun skuad bimbingan Steve Bruce masih gagal untuk mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan terakhirnya.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.